Gaya Hidup / Pemakanan Sihat

Bagaimana Kurangkan Plastik Boleh Mengawal Nafsu Makan Saya

Sewaktu saya belajar, saya berkecimpung dalam dunia environmentalism. Di universiti kami menggerakkan sebuah gerakan alam sekitar yang dikenali sebagai ‘Green Mahallah Project’.

Ia menjadi wadah untuk pelajar memperjuangkan isu alam sekitar. Kini ia telah menjadi gerakan alam sekitar yang terbesar di universiti kampus kami (alhamdulillah).

Antara isu yang giat diperjuangkan ialah membebaskan diri daripada belenggu plastik. Hidup kita kini sememangnya dikerumuni plastik.

OFFICOAL GMP LOGO 2

Kalau zaman dahulu dikenali sebagai zaman batu, zaman gangsa dan zaman besi, tidak keterlaluan jika dikatakan kita kini berada di zaman plastik!

Semakin lama saya menggiatkan diri dalam perjuangan kurangkan plastik, semakin tebal rasa bersalah menggunakan plastik. Apatah lagi plastik pakai buang. Pakai tak sampai sejam, reputnya ambil masa 1000 tahun (ya angka ini tepat)!

Bagaimana 3 langkah kurangkan plastik ini dapat mengawal nafsu makan saya?

Dalam usaha menjadi environmentalis amatur, saya pun cuba sebaiknya mengurangkan penggunaan plastik dalam seharian. Apa-apa produk melibatkan plastik saya cuba hindari.

Setelah beberapa lama mengamalkan gaya hidup ini, saya mula merasakan gaya hidup ini adalah sangat sihat.

Percaya atau tidak, dengan kesedaran yang mendalam tentang bahaya plastik kepada haiwan dan alam, ia menjadi lebih mudah untuk saya menahan nafsu makan! Apa kaitannya?

Langkah 1: Berhenti menggunakan straw dan cawan plastik

Straw adalah antara bahan plastik yang paling banyak ditemui di lautan. Banyak hidupan laut menderita kerana straw. Manusia memang terlalu mementingkan diri. Hanya untuk kesenangan minum beberapa minit kita memperjudikan hidupan laut!

Selepas melihat video ini (straw tersekat pada lubang hidung penyu), saya semakin bersalah menggunakan straw. Maka, saya cuba sedaya upaya untuk berhenti menggunakan straw. Apa impaknya bila saya menolak untuk menggunakan straw?

sea-turtle-with-straw-stuck-up-its-nose

Saya tidak dapat membeli segala macam jenis air manis yang menggunakan straw. Walaupun selalu teringin nak merasa minuman manis seperti Chatime, Cool Blog atau Starbucks, sudah puluhan kali niat itu terbatal kerana straw dan cawan plastik minuman tersebut.

Kesannya, saya semakin jarang minum minuman manis dan itu adalah sihat!

Langkah 2: Mengelak plastik makanan jernih

Plastik jernih selalu digunakan untuk membeli kuih-kuih atau keropok goreng. Terutamanya di pasar malam, plastik jernih wajib digunakan! Kerana plastik ini saya sudah jarang ke pasar malam.

Apabila teringin nak membeli makanan di pasar malam, memang selalu sangat tak jadi. Saya tak mahu membazir plastik jernih hanya kerana ingin membeli air ikat tepi atau keropok lekor mahupun sate daging.

Disebabkan itu, saya sudah sangat jarang ke pasar malam membeli snek-snek goreng yang tidak sihat atau membeli kuih-kuih di gerai yang menggunakan plastik.

494169a-i3.0

Langkah 3: Kurangkan membeli makanan proses yang dibungkus plastik

Plastik dan makanan memang bagai isi dan kuku. Lebih-lebih lagi makanan proses dan snek. Semenjak menjadi environmentalis amatur ini, saya selalu berkira bila ingin membeli pek makanan.

Contohnya biskut manis, aiskrim, keropok, mi segera semua dibungkus dengan plastik. Cara nak elak pembungkus plastik makanan ini hanyalah dengan tidak membelinya!

Sejak itu, saya memang sudah jarang membeli makanan dalam bungkusan kerana tak sampai hati memikirkan pengakhiran plastik itu selepas dibuang.

106a5db3-f32e-41f5-a391-0d9139a64006-1210-680

Ini saya kira langkah yang sangat membantu dalam mengawal nafsu makan terutamanya junk food.

Umumnya makanan dibungkus untuk kemudahan manusia. Bila terasa lapar, grab sahaja makanan pek di kedai. Dengan mudahnya kita membeli makanan pek, sangat mudahlah juga kita menjadi obes.

Namun, apabila kita hayati tentang betapa bahayanya plastik kepada alam, kita tidak akan sewenang-wenangnya membeli makanan disekeliling kita begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Kita akan menjadi lebih was-was untuk membeli. Kerana kita tak mahu menjadi manusia yang pentingkan diri demi memuaskan hawa nafsu makan sehingga merosakkan bumi.

Disebabkan saya berazam untuk mengurangkan sampah pembungkus makanan, saya jarang snacking sebab nak elak membeli jajan-jajan yang dibungkus plastik. Kesannya, saya lebih banyak makan makanan sebenar (real food) berbanding makanan proses.

Makanan proses sudah tentu menggunakan pembungkus plastik. Tambahan lagi, ia tinggi dengan pengawet – bukan pilihan yang sihat.

gty_grocery_store_tk_130506_wmain

Kesimpulan

Ramai orang tidak sedar. Mengurangkan penggunaan plastik bukan sahaja memberi impak positif kepada alam, tetapi kepada kesihatan diri. Dalam usaha kita mengurangkan penggunaan plastik, kita menjadi lebih peka semasa membeli makanan.

Kita lebih banyak makan real food berbanding makanan segera yang dibungkus plastik. Kita kurang membeli snek tidak sihat di gerai dan pasar malam. Minuman manis juga sudah jarang dibeli. Bukankah itu satu amalan gaya hidup sihat?

Jadi kepada semua environmentalis di luar sana, teruskan usaha untuk kurangkan plastik dalam kehidupan. Anda bukan sahaja dapat memakmurkan alam, tetapi dapat juga menjaga amanah tubuh badan yang Allah berikan.

InsyaAllah!

Sumber gambar: abcnews.go.com, now.howstuffworks.com, nature.com

Advertisements

Kongsi pandangan anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s