Diabetes / Dietetik / Puasa

Diabetes & Ramadhan (siri 3): Penggunaan Insulin Semasa Berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Siri Diabetes & Ramadhan kembali lagi. Kini isu yang ingin dibincangkan ialah mengenai insulin.

Ikuti siri 1 (Golongan yang Berisiko untuk Berpuasa) disini [KLIK]
Ikuti siri 2 (Memantau Paras Gula) disini [KLIK]
Ikuti siri 4 (Hukum Mengganti Puasa) disini [KLIK]

Pesakit yang tidak dapat mengawal paras gula melalui pemakanan mahupun ubatan akan diberikan suntikan insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan di makmal yang berfungsi sama seperti hormon insulin di dalam badan. Disebabkan hormon insulin di dalam badan pesakit diabetes tidak dapat berfungsi dengan baik, suntikan insulin akan diberikan untuk mengawal paras gula dalam darah.

Jadual suntikan insulin adalah sedikit berbeza sekiranya pesakit berpuasa. Amatlah penting untuk semua pesakit diabetes yang menggunakan insulin mengetahui perubahan jadual insulin semasa bulan puasa.

Terdapat beberapa jenis insulin,

  • Insulin Basal
  • Insulin Bolus
  • Insulin Pracampuran

Perubahan jadual suntikan insulin adalah diterangkan seperti berikut;

Jika menggunakan Insulin Basal sahaja (sekali sehari)

Contoh: Humulin N, Insulatard (hijau muda), Lantus (ungu), Levemir (hijau gelap)

  • Pada hari biasa: Diambil pada waktu malam sebelum tidur
  • Pada bulan Ramadhan: Diambil sebelum tidur waktu malam atau selepas berbuka puasa

*Dos mungkin perlu dikurangkan jika mengalami tanda-tanda hipoglisemia pada waktu siang. Sila berjumpa dengan doktor berkenaan dengan dos yang betul

Jika menggunakan Insulin Pracampuran

Contoh: Novomix (biru tua), Humalog Mix (kuning emas), Humulin, Mixtard

Terdapat dua jenis pengambilan insulin pracampuran iaitu sekali sehari atau dua kali sehari

Sekali sehari

  • Pada hari biasa: Diambil sebelum makan malam
  • Pada bulan Ramadhan: Diambil semasa berbuka puasa (sebelum makan)

Dua kali sehari

Terbalikkan pengambilan insulin:

  • Dos insulin waktu pagi pada hari biasa – ditukar kepada waktu berbuka puasa (sebelum makan) pada bulan Ramadhan
  • Dos insulin waktu malam pada hari biasa – ditukar kepada waktu bersahur (sebelum makan) pada bulan Ramadhan

*Dos insulin semasa sahur perlu dikurangkan sebanyak 20-50% untuk mengelakkan hipoglisemia di siang hari (sila berjumpa doktor jika tidak pasti dos)

*Atau ubah kepada insulin tindakan pendek/pantas (contoh: Actrapid, Apidra, Humalog, Humulin R, Novorapid). Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat

101889459_XS

Jika menggunakan Insulin Basal Bolus

Untuk insulin basal bolus, dua jenis insulin akan digunakan iaitu,

  1. Insulin basal (contoh: Humulin N, Insulatard, Lantus, Levemir)
  2. Insulin bolus (contoh: Actrapid, Apidra, Humalog, Humulin R, Novorapid)

Pada hari kebiasaan, insulin basal akan diambil satu kali sebelum tidur. Manakala insulin bolus pula diambil tiga kali (sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam)

Semasa bulan Ramadhan, insulin basal bolus akan diambil seperti berikut,

Insulin basal: Diambil sebelum tidur atau bila-bila masa selepas iftar.
*Pengurangan dos mungkin diperlukan jika terdapat hipoglisemia di siang hari.

Insulin bolus:

  1. Dos sarapan – tukar kepada sebelum makan sahur
  2. Dos makan tengahari – Tidak perlu cucuk insulin
  3. Dos makan malam – tukar kepada sejurus sebelum berbuka puasa

Sebarang perubahan dos atau jenis insulin perlulah dilakukan selepas berunding dengan pakar kesihatan.

Insulin perlu disuntik dengan teknik yang betul untuk memastikan ia dapat meresap dengan baik ke dalam darah dan bertindak dengan berkesan.

Sila tonton video teknik suntikan insulin (berdurasi 1 minit 20 saat) pada link di bawah

http://ytcropper.com/embed/Is576802cf79648/loop/noautoplay

P.S: ayat terakhir dalam video telah terpotong secara tidak sengaja. Ayat penuh tersebut ialah, “Insulin perlu dibuang selepas 30 hari ia dibuka”

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua yang membaca. Selamat berpuasa.

Teruskan membaca siri terakhir, siri 4 (Hukum Mengganti Puasa) disini [KLIK]

Ikuti siri 1 (Golongan yang Berisiko untuk Berpuasa) disini [KLIK]
Ikuti siri 2 (Memantau Paras Gula) disini [KLIK]

Sumber: Pengurusan Diabetes Pada Bulan Ramadan (2015), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia

Sumber video: Teknik Penggunaan Insulin (Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang) [LINK]

Sumber Gambar: nursingcrib.com, livestrong.com

Advertisements

Kongsi pandangan anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s